Thursday, June 28, 2012

Menutup Aurat Ialah Satu Jihad

Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad.Jihad di dalam diri sendiri.Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk di lakukan pada zaman moden sekarang untuk menutup aurat sebetul-betulnya.Demikian juga saya yang kadang kala terasa saya tidak cantik.Inilah kebenarannya.Namun apa yang di tanamkan di dalam diri sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Kerana dengan menutup aurat diri kita terpelihara daripada fitnah.Betul ada jugak yang mengatakan tak semua yang menutup aurat itu baik,namun wajarkah ianya dipersoalkan kerana mereka berusaha menutup aurat dan dosa untuk menutup aurat baginya telah dihapuskan.Kita yang tak menutup aurat ni dan mengeji syariat pula bagaimna?
Hal ini juga tidak berlaku terhadap kaum wanita sahaja.Malah pada zaman serba maju kini lelaki juga sama.Dengan fesyen zaman sekarang di mana lelaki memakai pakaian ketat dan seluar skinny jeans.Menurut sebuah blog yang saya baca pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina adalah haram.Perhiasan yang berlebihan juga haram.Lelaki yang hensem adalah yang baik akhlaknya.

"Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari mereka yang tidak pernah bertaubat."

Saturday, June 23, 2012

Assalamualaikum..lama dah tak update blog.maklumlah banyak sangt benda yang jadi utuk semester 6 ni. Jadi memandangkan tarikh final dah nak dekat makin sibuk la jadinya..tapi bagi aku makin nak dekat dengan final makin aku rsa nak lari duduk di tempat yang orang tak kenal aku dan tahu kisah silam aku.Fobia kot ke aku sendiri takut nak hadapi dunia nyata.Nampak saja aku macam prepare awal.al-maklumlah dari awal sem masuk PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak).tu cuma aku rasa macam aku sendiri nak lari dari rasa takut tu.Rasa macam realiti tu makin mengejar aku.macam2 aku fikir..Mohon Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.Moga final nanti aku menjadi lebih87 baik dari sebelum ni.