Thursday, June 28, 2012

Menutup Aurat Ialah Satu Jihad

Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad.Jihad di dalam diri sendiri.Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk di lakukan pada zaman moden sekarang untuk menutup aurat sebetul-betulnya.Demikian juga saya yang kadang kala terasa saya tidak cantik.Inilah kebenarannya.Namun apa yang di tanamkan di dalam diri sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Kerana dengan menutup aurat diri kita terpelihara daripada fitnah.Betul ada jugak yang mengatakan tak semua yang menutup aurat itu baik,namun wajarkah ianya dipersoalkan kerana mereka berusaha menutup aurat dan dosa untuk menutup aurat baginya telah dihapuskan.Kita yang tak menutup aurat ni dan mengeji syariat pula bagaimna?
Hal ini juga tidak berlaku terhadap kaum wanita sahaja.Malah pada zaman serba maju kini lelaki juga sama.Dengan fesyen zaman sekarang di mana lelaki memakai pakaian ketat dan seluar skinny jeans.Menurut sebuah blog yang saya baca pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina adalah haram.Perhiasan yang berlebihan juga haram.Lelaki yang hensem adalah yang baik akhlaknya.

"Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari mereka yang tidak pernah bertaubat."

Saturday, June 23, 2012

Assalamualaikum..lama dah tak update blog.maklumlah banyak sangt benda yang jadi utuk semester 6 ni. Jadi memandangkan tarikh final dah nak dekat makin sibuk la jadinya..tapi bagi aku makin nak dekat dengan final makin aku rsa nak lari duduk di tempat yang orang tak kenal aku dan tahu kisah silam aku.Fobia kot ke aku sendiri takut nak hadapi dunia nyata.Nampak saja aku macam prepare awal.al-maklumlah dari awal sem masuk PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak).tu cuma aku rasa macam aku sendiri nak lari dari rasa takut tu.Rasa macam realiti tu makin mengejar aku.macam2 aku fikir..Mohon Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.Moga final nanti aku menjadi lebih87 baik dari sebelum ni.

Saturday, March 10, 2012

Koleksi Lengkap MAID MAIDEN (KAORU)

Assalamualaikum..Akhirnya habis jugak baucer RM200 untuk buku.RM 50 aku guna beli alat2 tulis dan macam2 lagi peralatan yang sepatutnya.manakala RM150 aku gunakan sepenuhnay dengan membeli buku2 kegemaran aku di kedai yang amat aku sayangi MPH!!!!!!..yeay!!salah 1 koleksi buku aku ialah komik MAID MAIDEN by KAORU...pelukis kegemaran aku.aku memang borong seborongnya semua komik maid maiden tu.dari TUESDAY sampai FRIDAY...awat tak ada MONDAY??sebab MONDAY aku dah beli dan tinggal kat perlis.nak cari semua koleksi maid maiden ni kat perlis tak ada.ni pun aku dapat semua buku2 ni kat MPH Bukit Raja.mulanya aku cari jugak kat MPH SACC..hampa tak ada....

namun sebab aku tak putus asa akhirnya dapat jugak aku buku2 ni.hahahaha..namun macam biasa lah aku cuma ambik masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk aku menghabiskan semua komik2 tu.namun cukup memuaskan hati aku.tak sabar tunggu karya terbaru dari KAORU...

Tuesday, March 6, 2012

lama dah rasanya tak update blog ni.walau sebenarnya banyak masa aku yang terluang sekarang tapi aku sendri tak sempat nak bukak pun blog aku.macam-macam yang aku fikirkan sekarang ni.fikiran makin sesak saban hari.tak tertanggung rasanya beban yang ada ni.menggangu tidur aku setiap malam.tidur dalam kegelisahan dan ketakutan.kadang-kadang senyuman aku rasa macam sangat-sangat janggal.diri yang selama ni kuat semakin rapuh.
aku harap aku mampu bertahan untuk mengharungi ujian kali ini.diri ini rasa ada di bawah sangat sampai nak jumpa orang pun aku rasa malu.Allah berikan ujian terhadap setiap umatnya yang mampu untuk menghadapi ujian-Nya.cuma kali ni dalam menghadapi ujian ini tiada sokongan moral dari kedua ibu bapa aku.terasa lagi berat masalah tu..

Sunday, January 15, 2012

BEST IN THE WORLD

ehem2..lama dah rasanya tak update blog ni..haha.biasalah sibuk dengan kehidupan dunia yang tak berkesudahan..sekarang dah mai musim cuti sem jadi banyak masa yang boleh di gunakan untuk kembali menaip  segala benda yang menarik boleh di kongsi..hehe..wah2 panjang lebar aku punya intro kan..
          
          baru dua hari aku balik perlis.jadi benda paling best bagi aku kalau balik kampung adalah MAKANAN kampung yang sangat menyelerakan..memang tak dapat yang sama kat tempat lain.sepanjang aku atas bas aku sanggup tahan lapar tak makan kat R&R sebab nak makan masakan kat rumah..memang berbaloi la..hehe..masakan rumah adalah BEST IN THE WORLD.masa ni lah kalau mintak apa saja masakan semua ditunaikan..maklumlah anak balik dari jauh.

            Jadi masakan aku dan tok aku hari ni..ikan kembung goreng,masak lemak terung dengan bayam batu,ulan pucuk mengkudu dan sambal belacan..pergh!!..memang masyuk sangat2 lah...2 pinggan aku makan nasi hari ni.rasa tak puas nak makan kalau sepinggan nasi jah..hehe..macam ni memang cepatlah badan aku kembang..haha.


jeng jeng jeng..nilah masakan yang aku makan sampai tambah nasi 2 pinggan..paling best ulam tu la..rasa pucuk mengkudu ni pahit.tapi tok aku kata bagus untuk ubat darah tinggi..tapi bukan sebab aku ada darah tinggi aku makan.aku makan sebagai ulam.memang menjilat jari lah..hahaha..kalau balik kampung masakan macam ni yang aku cari.kalau masakan biasa dah jemu dah.ini kalau setiap hari macam ni,,cukup cuti sem nanti tak muat aku nak keluar pintu rumah aku..hahahahaha...

jadi sampai sini dululah aku update entry aku kali..ada cerita baik punya aku kongsi lagi..hehe..=D