Thursday, June 28, 2012

Menutup Aurat Ialah Satu Jihad

Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad.Jihad di dalam diri sendiri.Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk di lakukan pada zaman moden sekarang untuk menutup aurat sebetul-betulnya.Demikian juga saya yang kadang kala terasa saya tidak cantik.Inilah kebenarannya.Namun apa yang di tanamkan di dalam diri sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Kerana dengan menutup aurat diri kita terpelihara daripada fitnah.Betul ada jugak yang mengatakan tak semua yang menutup aurat itu baik,namun wajarkah ianya dipersoalkan kerana mereka berusaha menutup aurat dan dosa untuk menutup aurat baginya telah dihapuskan.Kita yang tak menutup aurat ni dan mengeji syariat pula bagaimna?
Hal ini juga tidak berlaku terhadap kaum wanita sahaja.Malah pada zaman serba maju kini lelaki juga sama.Dengan fesyen zaman sekarang di mana lelaki memakai pakaian ketat dan seluar skinny jeans.Menurut sebuah blog yang saya baca pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina adalah haram.Perhiasan yang berlebihan juga haram.Lelaki yang hensem adalah yang baik akhlaknya.

"Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari mereka yang tidak pernah bertaubat."

No comments:

Post a Comment