Thursday, June 28, 2012

Menutup Aurat Ialah Satu Jihad

Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad.Jihad di dalam diri sendiri.Bagi saya bukan suatu perkara yang mudah untuk di lakukan pada zaman moden sekarang untuk menutup aurat sebetul-betulnya.Demikian juga saya yang kadang kala terasa saya tidak cantik.Inilah kebenarannya.Namun apa yang di tanamkan di dalam diri sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.Kerana dengan menutup aurat diri kita terpelihara daripada fitnah.Betul ada jugak yang mengatakan tak semua yang menutup aurat itu baik,namun wajarkah ianya dipersoalkan kerana mereka berusaha menutup aurat dan dosa untuk menutup aurat baginya telah dihapuskan.Kita yang tak menutup aurat ni dan mengeji syariat pula bagaimna?
Hal ini juga tidak berlaku terhadap kaum wanita sahaja.Malah pada zaman serba maju kini lelaki juga sama.Dengan fesyen zaman sekarang di mana lelaki memakai pakaian ketat dan seluar skinny jeans.Menurut sebuah blog yang saya baca pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina adalah haram.Perhiasan yang berlebihan juga haram.Lelaki yang hensem adalah yang baik akhlaknya.

"Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari mereka yang tidak pernah bertaubat."

Saturday, June 23, 2012

Assalamualaikum..lama dah tak update blog.maklumlah banyak sangt benda yang jadi utuk semester 6 ni. Jadi memandangkan tarikh final dah nak dekat makin sibuk la jadinya..tapi bagi aku makin nak dekat dengan final makin aku rsa nak lari duduk di tempat yang orang tak kenal aku dan tahu kisah silam aku.Fobia kot ke aku sendiri takut nak hadapi dunia nyata.Nampak saja aku macam prepare awal.al-maklumlah dari awal sem masuk PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak).tu cuma aku rasa macam aku sendiri nak lari dari rasa takut tu.Rasa macam realiti tu makin mengejar aku.macam2 aku fikir..Mohon Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ni.Moga final nanti aku menjadi lebih87 baik dari sebelum ni.

Saturday, March 10, 2012

Koleksi Lengkap MAID MAIDEN (KAORU)

Assalamualaikum..Akhirnya habis jugak baucer RM200 untuk buku.RM 50 aku guna beli alat2 tulis dan macam2 lagi peralatan yang sepatutnya.manakala RM150 aku gunakan sepenuhnay dengan membeli buku2 kegemaran aku di kedai yang amat aku sayangi MPH!!!!!!..yeay!!salah 1 koleksi buku aku ialah komik MAID MAIDEN by KAORU...pelukis kegemaran aku.aku memang borong seborongnya semua komik maid maiden tu.dari TUESDAY sampai FRIDAY...awat tak ada MONDAY??sebab MONDAY aku dah beli dan tinggal kat perlis.nak cari semua koleksi maid maiden ni kat perlis tak ada.ni pun aku dapat semua buku2 ni kat MPH Bukit Raja.mulanya aku cari jugak kat MPH SACC..hampa tak ada....

namun sebab aku tak putus asa akhirnya dapat jugak aku buku2 ni.hahahaha..namun macam biasa lah aku cuma ambik masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk aku menghabiskan semua komik2 tu.namun cukup memuaskan hati aku.tak sabar tunggu karya terbaru dari KAORU...

Tuesday, March 6, 2012

lama dah rasanya tak update blog ni.walau sebenarnya banyak masa aku yang terluang sekarang tapi aku sendri tak sempat nak bukak pun blog aku.macam-macam yang aku fikirkan sekarang ni.fikiran makin sesak saban hari.tak tertanggung rasanya beban yang ada ni.menggangu tidur aku setiap malam.tidur dalam kegelisahan dan ketakutan.kadang-kadang senyuman aku rasa macam sangat-sangat janggal.diri yang selama ni kuat semakin rapuh.
aku harap aku mampu bertahan untuk mengharungi ujian kali ini.diri ini rasa ada di bawah sangat sampai nak jumpa orang pun aku rasa malu.Allah berikan ujian terhadap setiap umatnya yang mampu untuk menghadapi ujian-Nya.cuma kali ni dalam menghadapi ujian ini tiada sokongan moral dari kedua ibu bapa aku.terasa lagi berat masalah tu..

Sunday, January 15, 2012

BEST IN THE WORLD

ehem2..lama dah rasanya tak update blog ni..haha.biasalah sibuk dengan kehidupan dunia yang tak berkesudahan..sekarang dah mai musim cuti sem jadi banyak masa yang boleh di gunakan untuk kembali menaip  segala benda yang menarik boleh di kongsi..hehe..wah2 panjang lebar aku punya intro kan..
          
          baru dua hari aku balik perlis.jadi benda paling best bagi aku kalau balik kampung adalah MAKANAN kampung yang sangat menyelerakan..memang tak dapat yang sama kat tempat lain.sepanjang aku atas bas aku sanggup tahan lapar tak makan kat R&R sebab nak makan masakan kat rumah..memang berbaloi la..hehe..masakan rumah adalah BEST IN THE WORLD.masa ni lah kalau mintak apa saja masakan semua ditunaikan..maklumlah anak balik dari jauh.

            Jadi masakan aku dan tok aku hari ni..ikan kembung goreng,masak lemak terung dengan bayam batu,ulan pucuk mengkudu dan sambal belacan..pergh!!..memang masyuk sangat2 lah...2 pinggan aku makan nasi hari ni.rasa tak puas nak makan kalau sepinggan nasi jah..hehe..macam ni memang cepatlah badan aku kembang..haha.


jeng jeng jeng..nilah masakan yang aku makan sampai tambah nasi 2 pinggan..paling best ulam tu la..rasa pucuk mengkudu ni pahit.tapi tok aku kata bagus untuk ubat darah tinggi..tapi bukan sebab aku ada darah tinggi aku makan.aku makan sebagai ulam.memang menjilat jari lah..hahaha..kalau balik kampung masakan macam ni yang aku cari.kalau masakan biasa dah jemu dah.ini kalau setiap hari macam ni,,cukup cuti sem nanti tak muat aku nak keluar pintu rumah aku..hahahahaha...

jadi sampai sini dululah aku update entry aku kali..ada cerita baik punya aku kongsi lagi..hehe..=D
            

Sunday, November 6, 2011

si kecil comel dan sexy...

              Salam Aidil Adha untuk semua..seperti biasa la hari-hari raya ni...ketupat rendang juadah utama la...tpi raya ni banyak sikit la rendang nya sebab al-maklumlah kaya dengan daging korban semua..hehe..rumah aku ni peti sejuk dengan dapur dipenuhi dengan daging saja..naik pening aku di buatnya..haha..

        Huisshh macam2 organ lembu ada kat rumah aku..cakap ja nak part mana..lembu seekor pon ada..hahahaha..kebetulan pulak tahun ni ayah dengan tok aku ambik daging untuk korban serentak..maka akulah orang yang bertugas untuk mengangkut daging2 tu semua..hehe..

        Tapi tak adalah buat kenduri besar2ran punya..buat sikit2 ja..eh eh eh..ni dah terkeluaq tajuk dah ni..aku nak bercerita tentang si comel dan seksi ni..hehe..hahaha...cuba teka siapa si comel dan sexy tu??..hehe..opkos la bukan aku..haha..kalau setakat comel betul la tapi yang seksi tu bukan..hehe..

                                                    taraaa..ni lah si comel seksi tu..hahaha..

         jeng2 ni lah buah hati pengarang jantung aku..sampai angau aku sebelum balik raya sebab budak kecik ni lah..haha..bergaya tak dengan baju raya dia??punya la susah payah nak letak cekak rambut tu kat kepala..orang kata dia comei pon dia tak mau pakai..haha..skirt tu besar sebab skirt kakak dia..haha..tu lah yumi makan banyak sangat..hehehe.tu yang seksi macam tu..hehe..

         alamak terlupa nak fokus kat kasut dia la..kasut sandal nike tu!!!!..haha..tak padan dengan kecik pakai barang brand mahai..hehe..haha..ni dia pi meraya mana ntah tak jumpa2 lagi..huhu..tengok2..dia baru pi sat pon aku dah mula rindu..haha..macam mana nak balik shah alam nanti..rasa macam nak bawak sekali ja..huhu..


Wednesday, November 2, 2011

Makan..Makan...Makan dan Makan lagi...

        Assalamualaikum semua...haha..lama dah rasanya tak menulis kat blog ni.kalau rumah mesti dah berhabuk dan bersawang dah..bukan apa cuma keadaan tak mengizinkan..wah gitu ayat..nampak macam busy sangat ja kan.hehe..bukan sebok apa cuma biasa la..assignment la..test la..study lagi la..macam-macam aktiviti ada..tpi semua aktiviti itu akan berakhir apabila hari jumaat ini tiba..HAHAHHAHAHA..sebab....nak balik cuti!!!!.
yeeeehhhaa...memang saat yang di nanti2kan..

        Tapi itulah..sebelum nak balik tu macam-macam aktiviti la nak buat..terutama sekali MAKAN!.haha..ni lah tajuk utama kita kali ini...bila nak balik semua tempat rasa macam sedap saja.semua nak try..aku pon rasa sepanjang minggu ni baik la aku jangan naik atas penimbang berat badan..bukan apa takut jarum penimbang tu berpusing sampai habis meter..hahha..ok saya over di situ..tapi memang betol apa yang aku kata..

        Semua bermula dari minggu lepas...minggu lepas aku makan malam kat AYAM PENYET AP kat PLAZA MASALAM..haha..grand gitu kot..hehe..bukan apa makan kat situ sebab housemate aku belanja sebab birthday dia..so apa lagi bila org belanja aku, aku dengan berbesar hati tanpa segan silunya order la macam-macam..last-sampai tak muat meja sebab banyak sangt order..hahaha..


HAH!! tudia kalau nak tengok..banyak dok kami makan..haha..padahal yang pi hanya 6 orang sahaja..hehehe..


         Ayaq pulak tak yah sebut la kalau boleh limau ais pon nak letak black pearl macam yang dalam cool blog tu..(lapaq cool blog plak dah..)..kek 1 biji..500 g makan untuk 6 orang memang penuh perut aku..haha..minggu ni pon ada lagi housemate aku yang sambut birthday..makan kek chocolate indulgence pulak..(tah betoi tah dok aku eja nama kek tu..hahaha)..tapi sedap mana pon kek2 makanan tu semua tak boleh challenge masakan mak aku la...haha..mummy this coming friday here i come!!!..hahaha..xsabaq nak balik perlis dah ni..separuh dari diri aku dah pos  balik perlis dah..hahaha..jasad ja kat shah alam ni..

       Bukan apa rindu sangat2 dah kat orang2 perlis..haha..oppss...lupa pulak nak cerita malam ni aku makan apa..jeng-jeng..haha..malam ni aku makan sangat tak berkhasiat kot!!...habislah diet aku!! dietkah aku??hahaha...kalori tinggi sangat aku makan malam ni...hehehehe...tapi nampak macam mewah la...


jeng-jeng MAGGIE..hahaha..sampai licin..apa pon xdak dah..maggi ni aku pon xtau tahun bila nak habis sebab banyak sangt stok..hahaha...(padahal dok singgah MYMYDIN dok bli tu ja)



taraaaa~~~...secret recipe mari..ko hade?haha..ni lah kek birthday housemate aku..hehe...2 slice kot aku makan...hehehe


last sekali aku minum 1 botoi ayaq ni..haha..percaya dok??..memang wei memang aku tipu..aku sorg minum mau masuk hospital aku..hahaha...

       Hah!..nilah makan malam aku...memang sanagat2 tak berkhasiat..bagi yang menjaga badan sila jangan makan maknan ni semua...sangat2 tak sesuai walaupun hakikat sebenar sangatlah sodap..muahahahahahaha...tu la ja rasanya aku nak kongsi malam ni...hehe..banyak lagi cerita best nak tulis tapi mata dah berat sebab 'makan' kenyang sangat..hehehe...selamat malam semua...=))

Monday, October 3, 2011

.........................................................................................................................................................................

IF SOMEONE WANT TO BE A PART OF YOUR LIFE,THEY'LL MAKE AN EFFORT TO BE IN IT.
SO DON'T BOTHER RESERVING A SPACE IN YOUR HEART FOR SOMEONE WHO DOESN'T MAKE AN EFFORT TO STAY.

.........................................................................................................................................................................

Monday, September 5, 2011

bubur untuk baby,mak baby dan ayah baby

Assalamualaikum....selamat hari raya puasa 6...hehehe...bagi sesiapa yang menyambutnya lah..sedar tak sedar dah hampir nak balik semula ke shah alam dah...cuti sudah habis la!!...entah kenapa kalau fikir nak balik shah alam dia ada 1 feeling yang amat tak best skali..tapi aku tengok mak dengan ayah aku macam best ja aku nak balik shah alam.siap tolong kemaskan barang aku lagi.nak harap aku memang dok la wei!!...hahahaha...makin lama orang dalam rumah ni pon dah makin berkurang.semua dah mula bertugas dah...tinggallah aku ja dalam rumah ni..bila aku saja yang tak ada apa-apa nak buat, aku mulalah geledah buku resepi mak aku..hehe..jumpa lah resepi MOI SUP orang kl panggil BUBUR SUP..hahaha...melawak aja..aku mulalah mencari bahan nak buat moi tu..mudah aja bahan-bahan nak buat moi ni...
      
                    ni lah bahan-bahan nya.........

                                                                 bawang merah dan bwang putih....


yang ni optional...ada orang tak suka makan sayur-sayur..tapi kalau nak umpan kanak-kanak kecil makan banyak memang sesuai sangat-sangat..haha..sebab tu yang ada macam-macam warna sayur ni..hehe..


taraaaa!!!!...ini lah hasilnya moi sup aku..maaf la gambar untuk sup xada...aku guna sup tulang sebab banyak sangat daging kat rumah..kalau nak guna sup ayam pon boleh jugak...guna kuah sup tulah untuk masak moi ni sampai kembang..hehehe...senang ja...

yang bestnya moi ni dapat sambutan hangat...bukan setakat baby yang makan mak,ayah,abang,kakak dan tok baby pon makan sekali..komen yang aku terima semua +ve dan memberansngkan..hahahaha...

dah semua kenyang ramai yang mintak resepi siap ada yang suruh buat lagi...hahaha..tapi ayah aku pulak lepas beliau makan beliau bagi komen yang aku tersenyum sendiri...beliau kata...

AYAH : kalau tengok moi sup ni sold out...kalau macam tu bakal cucu ayah nanti mesti montel-montel...
      
                 hahahahaha....tu hint tu tu!!..aku buat-buat tak berapa nak dengar..hehe.dah tu mak aku pulak tambah..

MAK : bukan setakat cucu montel bakal menatu pun montel jugak macam ni...

sudah~~...kalau datin dah masuk campur ni kira parah...mak aku ni susah sikit nak bergurau macam ni.kalau beliau dah sebut tu maknanya ada udang sebalik mee...hehehe...tapi apapun puas hati sebab moi tu menjadi kalau tak mau kena gelak saja sebab aku tak bagi orang dalam rumah ni masak breakfast sebab aku nak suruh depa breakfast dengan moi sup...hehehe...

berundur diri....


ini saja saya nak upload untuk kali ni.saya dah pack semua barang dalam bag saya..saya akan tinggalkan semua...biarlah aku yg bawa diri..huhuhu....

Saturday, August 13, 2011

menu bersahur hari ni BURGER DOUBLE SPECIAL AND AISKRIM WALL!!!

assalamualaikum semua!!!...hehee...hari ni dah masuk 13 ramadhan dah..hampir 2 minggu dah kita semua menjalani ibadah berpuasa..dan selama tu jugaklah kita telah bangun pagi-pagi buta untuk bersahur..hah!.masuk bab sahur ni yang eden payah bebenor nya..maklumlah nak makan pagi-pagi macam tu.samapi dah tak tahu nak masak apa supaya ada selera sikit nak makan.nak di jadikan cerita semalam aku dan adik aku pi shopping.padahal sebenarnya bukan nak shopping saja ja keluar jalan-jalan.singgah sat kat pasar raya.apa lagi adik aku pon kata kat aku.."kak..apa kata pagi nanti kita sahur kat kepsi??"..aku pon jawablah.."awat hang nak minum lagi ka kopi pahit kepsi tu?"..bincang punya bincang last-last kami sepakat nak masak sendiri burger..terus la shopping barang-barang nak buat burger..balik rumah dah nak dekat pukul 11 malam dah..pi shopping pon lepas pi terawih la..hehehe...

  dengan ghairahnya aku dengan adik aku bangun sendiri sahur pagi tadi..tak payah mak aku nak ketuk pintu bilik sampai nak runtuh..hahahaha..bermula la kami di dapur..hehehe...


ni lah daging burger ayam adik dan ayah aku..hahahaha..aku masak burger ikan saja..hehehe...


ni lah perkakas nak buat burgernya..perkakas macam nak bukak kedai burger aja..hahahha..bising gila aku dengan adik aku pagi tadi..semua org boleh bangun..tak payah nak azan gerak..hehehe..


slurrpp!!!..sedap woo..rugi siapa tak cuba..hehehe..macam-macam aku dengan adik aku.pagi-pagi kami boleh telan aiskrim ni sampai 2 gelas masing-masing..hahaha..mak,ayah dan tok aku pon pelik.tak sejuk ka makan aiskrim pagi-pagi..tapi tu lah yang bestnya..terasa meriah nya sahur pagi tadi..hehehe...aku pun terasa akrab jap dengan adik aku..selalunya kami jumpa pon lepas masing-masing habis dengan aktiviti sendiri..harap-harap perkara macam ni dapat di lakukan selalu..hehehe..


      

Wednesday, August 10, 2011

biskut cornflake and biskut arab...hahahahaa...

Alhamdulillah aku berjaya gak menghabiskan 10 ramadan 1432H...rasa macam baru saja masuk bulan ramadan tapi sebenarnya dah 10 hari kita semua berpuasa.bermulalah episod sibuk bagi surirumah untuk menyambut ramadan..haha..memandangkan tahun ini aku akan menghabiskan sepanjang bulan ramadan kat rumah jadi aku akan menjadi salah seorang AHLI MAJLIS TERTINGGI menyiapkan rumah untuk menyambutnya 1 syawal 1432H.hahahahaha...=))
 
hehe..teruja semacam aku bila dilantik dengan jawatan baru ni apa lagi aku pon dengan semangatnya telah pi ber'shopping' barang-barang nak buat kuih raya..cadangnya minggu ketiga ramadan baru nak mula buat..tapi bila bagun ja pagi tadi aku malas nak pi kerja dan alang-alang barang buat kuih dah ada apa lagi..aku pon terus memulakan aktiviti membuat kuih raya la..hahahahaa...
kalau ikutkan mahu saja aku buat semua resepi-resepi yang ada dalam koleksi buku resepi mak aku..haha..tapi disebabkan aku tak berapa pandai sangt buat kuih raya ni, aku ambik yang paling senang nak buat la..haha..tu yang jadinya biskut cornflake dengan biskut arab aja..ahaha..



jeng-jeng ni la biskut arab aku..hahaha...senang aja..dah uli golek-golek dalam gula castor..hehehe...senang aja resepi biskut arab ni.siap sampai 1 balang penuh aku buat..haha.sebabnya seronok menguli..hehehe..bila lama-lama tengok nampak macam biskut terengganu sebab hitam putih..hahaha...


ni lah dia biskut cornflake aku..hahaha..comot kan??..maklumlah aku buat sendiri kalam-kabut sikit..hehe..macam-macam bentuk ada..bentuk durian pon ada..hahahhaa..tu untuk peminat buah durian la..haha..tapi buat biskut cornflake ni memang menguji kesabaran aku sebab mula-mula aku buat biskut ni hangit terus sebab tak pandai nak control api oven ni..hahahaha..apa lagi hitam biskut aku..hehe..


haha..mau guna pisau aku nak keluarkan biskut tu dari dalam loyang.haha..tapi tak banyak la yang hangit tu..(banyak tak banyak 1 loyang jugak la..huhu..)..bila dah masuk loyang kedua dah ok dah..hehe..

hehehe...tu lah hasilnya bila aku tak ada kerja nak buat kat rumah.walaupun ramai yang memberi komen tak membina lansung terutama sekali adik aku la..ada patut dia kata..."elok la tu kui yang hangit tu macam  hang la!!"..huh!..tak patut lansung..siap komen kata awai lagi la lambat lagi nak raya...aku buat preparation awal-awal ja..padahal aku yang teruja!!..hahaha..ok lah aku rasa ni ja aku nak menulis malam ni...esok kalau saya ada resepi baru saya kongsi lagi ya dengan tuan-tuan dan puan-puan..hahahaa...

Assalamualaikum......

Sunday, August 7, 2011

REBONDING KE RELAXING??

assalamualaikum...dah lama rasanya tak update blog ni..hehe..sedar-sedar dah masuk 7 ramadhan dah..hehe..maklumlah sibuk sebelum-sebelum ni.hari ni bru berpeluang nak update..tu pun lepas dah 1 hari merayau cari salon-salon best kat perlis ni..banyak salon jumpa cuma tak berani nak try sebab sesetengah salon tu nampak grand!..tapi orag pon xada yang masuk dalam salon tu..kuikui...bukan apa cari salon sebab ingat nak potong rambut..tapi bila dah survey salon apa semua..saja la bersembang dengan tukang gunting rambut tu..saja la tanya dia tentang relaxing..sebab kat perlis ni memang susah nak cari salon nak buat relaxing.dia pon cerita la tentang relaxing ni semua..dia kata kat perlis jarang ada sebab x femes lagi..hehe..

aku tanya sebab ingat sebelum raya nak buat la..dia tanya la aku pernah ke buat relaxing tu aku kata pernah la dalam bulan januari ari tu..dia suruh aku bukak tudung ni..bila aku bukak dia suggest kat aku supaya buat rebonding..aku bukan kedekut nak buat rebonding cuma aku xmau nmpk rmbut kemek!..hahaha...dia pon cerita kat aku beza rebonding dengan relaxing..rebonding ni lebih tahan lama lagi dan nampak lagi senang nak urus.tapi mahal sikit la..hehe..dia suggest aku buat rebonding sebab dia kata rambut aku cukup tebal.kalau rambut tebal buat rebonding tak nampak kemek!..yang nampak kemek tu kalau rambut nipis..


ni lah contoh rebonding!...tapi kalau aku nak buat relaxing pon boleh sebab kalau buat relaxing rambut nampak lagi natural..tak akan nampak lurus sangat macam rebonding and murah sikit!..hahaha
bila buat relaxing nampak rambut ada curl-curl sikit..hehehe...so dia cakap aku decide la nak yang mana 1..hehe..sebenarnya baru la tau perbezaan buat rebonding dengan relaxing..hehe...


ni lah hasil buat relaxing pulak...well nak buat rambut raya katakan..hehehe..padahal ngada ja aku ni..hehehe..tu aja saja nak share tentang perbezaan rebonding dengan relaxing ni..kot-kot ada yang berminat ke..hehe..selamat mencuba!..=)...opps!..sebelum terlupa selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka...

Wednesday, June 15, 2011

hati aku bagai direntap dengan sangat kuat hanya dengan sepotong ayat sahaja...macam baru tersedar dari mimpi yang panjnag..betul kata kawan aku tu..aku cuba menjadi pendengar yang baik bila diorang ada masalah..tapi aku sendiri dibelengu masalah sendiri..penantian yang mencecah 5 tahun tanpa sebarang harapan ..

        bukan tak mahu melangkah ke hadapan cuma hati ini berat nak meninggalkannya..walaupun kebenaran memang perit sangat..tapi aku masih menharapkan keajaiban berlaku..itu sahaja..maafkan sebab aku memang tak buat apa-apapun walau aku selalu nasihat orang lain supaya bina hidup yang baru..mungkin ada yang kata aku memang pandai bagi nasihat sahaja tapi aku sendiri pun masih di takuk yang lama..tapi aku sendiri tak sedar yang penantian aku dah masuk 5 tahun..aku memang sukar nak melupakan sesuatu yang aku sayang sepenuh hati..
      
            




            

Monday, June 6, 2011

kurang keyakinan diri ke aku???

         fenomena ni sering terjadi dalam hidup kita setiap hari..dari pemerhatian aku yang baru 21 tahun jagung hidup..masalah membina keyakinan diri ni sangat-sangat susah..setiap orang memang ada masalah ni.paling ketara fenomena ni terjadi di kalangan students aka pelajar..aku sendiri mengakui aku sendiri pun ada masalah yang sama...contohnya...dalam kelas bila lecterer tanya soalan mesti tak ada students yang sukarela akan angkat tangan nak bagi jawapan..sebabnya???
      
        senang sahaja jawapan tu..takut kena marah...hah!..sebab dalam kepala semua orang dah set kalau jawab salah nanti kena marah..memang dari zaman sekolah lagi..patutnya bila students tu dah jawab walau salah cuba la puji sikit..macam  nice try....good try..haa...baru la kita ada keyakinan sikit nak jawab..ini tak kalau salah jawab dah la kena duduk kat luar kelas dah tu siap kena marah lagi tak ulangkaji la..lumrah manusia ni memang suka benda cantik dan kena puji jadi apa salahnya kita ubah sikit cara kita.orang putih didik anak-anak depa dengan macam tu..
          
              bukan setakat itu sahaja..bukan untuk study sahaja..untuk presentation, nak approach orang semua tak ada keyakinan diri..kadang-kadang bila tanya kenapa rasa macam tu..ada yang jawab..

                   "tak pandai nak speaking la...malu nanti.."..
      
  ni masalah ni aku sendiri ada masalah ni..kalau dok cakap biasa-biasa ok saja..tapi bila sampai masa penting nak sebut perkataan pun tak betul bunyinya..hehe


                            "tengoklah aku ni..tak macam model orang nak dengar ka.."   

ni masalah dengan fizikal...kalau nak macam model memang payah la..dah banyk dah artikel kata cantik tu subjektif..BEAUTY LIE IN THE EYE OF BEHOLDERS..ayat ni macam ayat keramat la untuk aku..hehe..
so sebenarnya banyak punca-punca low confident ni..

         aku ni pun dulu memang kalau boleh tak mau orang kenal pun sebab takut kena bercakap kat depan..sekarang ni Alhamdulillah bila dah selalu buat presentation kat depan dan kebetulan course aku memang kekurangan wanita..jadi mau tak mau aku memang kena jugak beranikan diri..

       jadi sebenarnya rasa low confident tu memang boleh di atasi..cuma kena ada caranya..hehe..ni suma salah satu soft skills yang kita perlu develop dalam hidup kita..kita mungkin perlu berinteraksi dengan lebih ramai lagi orang di masa akan datang..

p/s: kemajmukan bahasa amat di kesali sebab saya  tak tahu bahasa surat yang tepat untuk setiap perkataan yang inggeris tu..hehe..=)..

Saturday, June 4, 2011

             Frust cinta....memang pahit rasanya bila frust bercinta ni..hanya orang yang pernah rasa tahu macam mana rasanya..paling sakit sekali bila frust cimta yang tak berbalas..aduh!!..memang sakit sangat..tapi tak bermakna putus cinta adalah pengakhiran untuk segala-galanya...mungkin Allah swt dah tetapkan jodoh yang lebih baik untuk kita..mungkin Dia nak kita berjumpa dengan orang yang bukan jodoh kita dahulu baru kita akan bertemu dengan jodoh kita..
        
            Hal ini sebab Allah nak kita belajar dari kesilapan lalu supaya kita tak mngulangi kesilapan yang sama    lagi..jadi apa yang boleh dilakukan ialah sentiasa berdoa kepada-Nya supaya ditemukan dengan jodoh yang baik..Bukan tak boleh nak mencari jodoh itu sendiri cuma perlulah kena pada caranya..Jodoh ni macam rezeki la..rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap orang samalah juga dengan jodoh..hendak mempersoalkan siapa jodoh kita adalah diluar bidang kawalan kita..tak semestinya bercinta sehingga 10 tahun dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah kepada kita.
              
    hati manusia ni memang fleksibel..CINTA tu adalah anugerah Allah..manusia ni memang dijadikan berpasangan..saling melengkapi bukan untuk sempurna tapi untuk menjalani  proses kesempurnaan itu..bohonglah kalau kita tak pernah sekalipun jatuh cinta..perasaan itu memang wujud dalam diri ni..cuma cara meluahkannya adalah berbeza..
 
           Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
              
p/s:maaf lah entry kali ni memang saya tak tau nak tulis heading apa...cuma idea ni bermain-main dalam fikiran untuk kebelakangan ni...

Sunday, May 22, 2011

FAIZAL TAHIR MAKIN LAKU....

wah kelas gi tu tajuk entry kali ni..hehe..bukan apa...saja nak bagi gah sikit..sebenarnya tajuk entry ni mai dari buku cosmopolitan kak ema yang aku pinjam petang tadi...memang habis aku 1 buku aku khatam petang tadi sebab aku memang bosan sangat-sangat..hehe..aku pinjam buku cosmopolitan dengan seventeen..walaupun umur dah nak masuk 21 tahun bulan september ni, tapi layan ja..zass...wah!nak highlight gak birthday tu kan..hehe..
mula-mula aku nak bercerita tentang cosmopolitan dulu..dah macam nak buat projek nilam pulak kat sekolah dulu-dulu..cikgu kata kena p perpustakaan cari buku lepas tu buat sinopsis..hehe..ni pun macam lebih kurang jugak la..cuma bukan  buku macam kat library tu la..tapi jangan risau dalam buku ni ada jugak tip-tip yang berguna..cuma keluaran cosmopolitan kali ni memang sesuai untuk sesiapa yang die hard fan of FAIZAL TAHIR!!!!!..hehe..
kali ni cosmo men cover story tentang faizal tahir..bila tengok gambar FT kat situ pergh!!..hensem..hehe..bila baca story kat bawah perjalanan karier dia makin berkembang..ye la siapa tak kenal FT kan..hehe..
tengok-tengok...nampak aura FT ...

haha..kan nampak hensem FT tu..haha..yang menarik dalam ni bagi aku la bila dia cosmo tanya tentang anak-anak dia dan dunia glemer dia..dia kata mungkin anak-anak dia tak tahu pun tentang kerjaya dia ni..dia tak nak anak-anak dia terlibat dengan dunia seni dia..harap-harap macam tu la ya FT...hehe..

boleh cair kalau FT tengok aku macam ni..hahaha..

maaf la yang ni kabur sikit..tapi tetap hensem gitu...

FAIZAL TAHIR!!!!

haaa...rugi ni kalau tak baca...lagipun ada lagi pelbagai benda menarik lain...hehe..contohnya ni...

ni salah satu koleksi summer dress tu la...lawa....hehe

taraaa...ni la dia majalah cosmo tu..jangan lupa dapatkan di pasaran..hehe..wah macam nak promote cosmo nie pulak...hehe...

selain cosmopolitan aku jugak baca majalah seventeen nie jugak..adalah jugak tip-tip menarik dalam tu...
ni lah buku nya....

antara perkara menarik yang dapat aku snap dalam magazine ni contohnya...

tentang khasiat makanan-makanan ni la...haa..nak share dengan semua...

ni bagus ni kalau nak tambah income..tambah-tambah cuti 4 bulan ni..pok cik kayo ni!!!!

ni pon bagus jugak ni...patut di baca..





ni adalah novel cecelia ahern yang terbaru..so sesiapa berminat boleh la mendapatkannya..sinopsis menarik..semalam baru nampak buku ni kat MPH BUKIT RAJA...

last but not least....dalam majalah ni ada my feveret singer..lama dah tak ada cerita tentang artis ni..bukan apa dulu ada la berangan nak jadi macam dia..biasa la zaman-zaman gelap dulu..la ni dah cancel dah impian tu...cuma minat terhadap artis ni masih mendalam lagi la..hehe..minat kan artis nie la saya pernah patah kaki dengan tangan sebab nak belajar main skate board...hehe..tapi akhirnya berjaya jugak la...hehe..cuma sekarang minat artis nie saja..benda-benda lain dah lama tinggalkan..mengikut peredaran umur la katakan...bak kata mak aku.."awat nanti hang nak bela anak atas papan skateboard tu ka??"..aduh!!
tara..mempersembahkan...........

AVRIL LAVIGNE.....uisshh..dulu die hard fan avril ni..hehe..la pon masih die hard fan...

peeewwwiittt....makin cun avril ni..aku pon memang nak jadi macam ni jugak la..boleh dak??hehe

last skali yang aku buat hari ni aku masak nasi goreng tomyam yang hangit sikit sebab menyembang dengan kak izan belakang rumah..hahahaha..tapi masih lagi boleh mngisi perut aku yang comei nie..tu la yang aky buat hari nie untuk di kongsi bersama-sama...hahaha..

sayur ja lebih ya dalam nasi saya..maaf la..

untuk masa akan datang kalau ada informasi menarik lagi mungkin akan di kongsi di ruangan ini..sehingga bertemu di entry akan datang...hahaha...
selamat malam semua.....



Tuesday, April 26, 2011

TEMPERATURE naik habis!!..haha..

pengalaman nie memang kali pertama la buat aku..haha..ni semua bermula gara-gara nak beli ikan bilis ja..hehe
bukan apa..kereta memang dah lama dah kena pi servis.hehe..nak di jadikan cerita, aku pulak drive kereta tu pi padang besar..masa pi ok ja.xdak apa2 yang xkena..bila nak balik dari padang besar baru aku perasaan temperature kereta naik sampai habis dah..apa xkelam kabut aku..haha..nasib baik la aku tau kalau dah macam tu...lama jugak la berenti tu sebab nak sejukkan enjin kereta...haha..bila ayah aku mai dia kata apa..selama dia bawak kereta ni x pernah berasap kereta tu..bila shafini bawak sampai macam nie sekali..haha..maafkan aku daddy...bila pi workshop apa ag memang kena masuk wad la..hehe..




 

Sunday, April 10, 2011

I LOve yoU...and thanks t0 you to0..

salam semua..entry kali ni aku nak dedicated khas wat adileen ramlee..Nak taw dok sebab apa???kalau semua nak tau angkat tangan macam saya....hahahahaha...itulah penangan hantu kak limah...
usop wilca...hehehe

haha.bukan apa.aku nak bagitau yang hari jumaat hari tu adileen masak pasta kt aku.aku dengan penatnya pi kelas bel dah tu balik2 ada makanan best..mesti la syok!!
tambah2 sedap pulak wei.perghh!!siap aku makan tambah dengan roti cicah kuah pasta tu.memang marvellous r..haha..so000...aku sangat2 berterima kasih la kepada adileen ramlee yang telah masakkan aku pasta vegetarian tu..kalah wei pasta vege kat IKEA..hehe..

inilah dia pasta vegetarian adileen buat kat aku...





Tuesday, March 22, 2011

kesesakan otak semakin berkurang..

salam..setelah sekian lama tak meng-update blog ni akhirnya dpat jugak aku mencoretkan sepatah dua kata..haha..dah macam nak buat speech untuk majlis apa2 pulak..maklumlah seminggu dua ni aku banyak buat kerja yang melibatkan pengarangan ayat aka esei.berlambak-lambak esaimen yang nak kena siapkan dan hantar dalam masa terdekat ni.di tambah pulak dengan presentation yang beratur panjang jugak la..boleh dikatakan setiap hari ada presentation.Tengah hari tadi presentation terakhir aku..haha.iaitu hubungan etnik ataupun orang kampung aku panggil ethnics relation...hahaha...speaking london gitu..hehe..jadual yang padat telah menyebabkan sistem pencernaan aku tak btol kot..hahaha..ooppss...maafkan saya kerana bagi tahu tu suma.hehe.nak dating pon xsempat...hahahahaha...OO0o0ppsss...STATEMENT!!...haha..gurau ja..mana ada dating2..I'm Single hokay!!.maklumlah umur makin meningkat..semester pon semakin bertambah maka kerja pon makin bertambah lagi la..dengan moto aku x sempat basuh..kesian kat my baby..lama dah xmandi..hehe..jadi petang nie xtvt aku ialah membasuh moto kesayangan aku..hehehe..kasi wax sket!!..hehe..malam nie ada meeting cakap2 engine..so kena la berkorban malam nie lagi..tapi rasanya aku nak tidur awal saja malam nie..hehe..besok kelas CATIA..aku pon xtau nak kelentong apa kat cik faiz tentang project kitorang yang apa pon x jalan lagi..hahahaha...perghh!!!akhirnya lega rasa sebab dapat tulis kat sini.hehe..lega dapat tulis suma nie..so..till we meet again next entry...ehehehe...